Monday, 9 May 2011

3000 SM - ALAT PENGHITUNG ABAKUS


Alat Penghitung Abakus mungkin merupakan alat penghitung mekanikal yang pertama di dunia. Ianya telah sedia ada lebih kurang 5000 tahun yang silam. Ianya membolehkan pengguna melaksanakan pengiraan berdasarkan sistem susunan manikyang disusun di atas rak kayu atau dawai.
   Abakus mula digunakan di Babylon dan seterusnya merebak ke seluruh rantau Asia. Dalam pembinaan piramid misalnya, jurutera di Mesir menggunakan Abakus untuk membantu mereka menghitung berat dan tinggi batu yang diperlukan dan juga bagaimana batu tersebut perlu disususn. Kini, piramid masih tersergam indah dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Abakus merupakan sebuah mesin kira yang cukup jitu dan tepat.
   Sehingga kini, Abakus masih lagi digunakan oleh sebilangan peniaga berbangsa Cina di Malaysia yang masih percaya dan yakin dengan ketepatan alat tersebut. Mulai awal tahun 1994, Abakus atau kini lebih dikenali dengan nama Sempoa turut diperkenalkan kembali dalam kurikulum sistem pendidikan negara.

No comments:

Post a Comment