Friday 20 May 2011

KOMPUTER MASA HADAPAN

WEB-TV
  • SET TOP BROWSER : Lebih dikenali sebagai WEB-TV (gabungan teknologi TV dan komputer). Muncul di pasaran pada pertengahan tahun 1997. Selain daripada digunakan sebagai televisyen atau TV biasa, ia juga boleh digunakan bagi tujuan capaian internet.
  •  KOMPUTER RANGKAIAN : Atau Network Computer (NC) juga berteraskan konsep rangkaian seperti Set Top Browser. NC merupakan mesin yang mencapai program daripada server (komputer pelayan). Ianya beroperasi seperti mana terminal tetapi ia juga mampu melaksanakan pelbagai operasi seperti komputer biasa. Ia juga agak menjimatkan bagi kegunaan tertentu terutamanya bagi syarikat-syarikat yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Sun Java Station merupakan contoh NC yang popular.
  • PDA : Memperlihatkan arah tuju komputer masa hadapan yang semakin kecil namun mampu melaksanakan pelbagai arahan seperti mana komputer biasa. Ianya boleh digunakan bagi tujuan pemprosesan perkatan, hamparan elektronik, internet, emel dan sebagainya.
  •  SUN JAVA STATION
  • Kini terdapat juga ciri-ciri komputer yang telah diserapkan ke dalam sistem telefon selular (handphone). Ini membolehkan pengguna melakukan operasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, menghantar atau menerima emel serta kemudahan internet lain dengan hanya menggunakan telefon selular.

Thursday 19 May 2011

KOMPUTER MIKRO ATAU KOMPUTER PERIBADI (PC)

DESKTOP
  • Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri komputer.
  • Kecil, tidak mahal dan dibina khususnya bagi tujuan peribadi. Walau bagaimanapun, PC juga boleh digunakan secara rangkaian komputer.
  • Merupakan sistem komputer yang beroperasi berasaskan pemproses mikro.Selain itu, PC juga mempunyai papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan (monitor) bagi memaparkan maklumat dan peranti storan untuk menyimpan data.
  • NOTEBOOK dan SUBNOTEBOOK
    PALMTOP
  • Contoh PC ialah Komputer Desktop , Notebook , Subnotebook dan Komputer Palmtop atau PDA (personal digital assistants).

Wednesday 18 May 2011

STESEN KERJA (WORKSTATION)

  • Komputer berteknologi tinggi, pantas dan sering digunakan dalam bidang reka bentuk komputer (computer aided design), geographic information system(GIS), animasi komputer dan sebagainya.
  • Merupakan sistem komputer yang utama dalam kalangan para jurutera, arkitek dan ahli profesional yang memerlukan paparan grafik yang jelas dan mendalam.
  • Kebanyakan Stesen Kerja menggunakan teknologi REDUCED INSTRUCTION SET COMPUTER(RISC).
  • SILICON GRAPHICS
  • Stesen Kerja yang paling popular antaranya ialah Silicon Graphics daripada Sun Microsystem.

KOMPUTER MINI (MINI COMPUTER)

  • Saiz yang lebih kecil berbanding Kerangka Utama tetapi mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Kerangka Utama cuma dalam skala yang lebih kecil.
  • Mampu menyokong antara 4-200 pengguna yang berkongsi terminal dalam satu masa.
  • Komputer Mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada Komputer Mikro serta ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar.
  • Komputer Mini yang paling popular antaranya ialah VAX dari Digital Equipment Corporation. IBM, Data General dan Prime Computer juga merupakan pengeluar Komputer Mini yang utama.
VAX

KERANGKA UTAMA (MAINFRAME)

  • Mampu menyokong sehingga ribuan pengguna dalam satu masa yang sama.
  • Saiznya lebih kecil dan kurang keupayaan berbanding Komputer Super.
  • Digunakan terutamanya di bank-bank, syarikat-syarikat besar dan di pusat-pusat pengajian tinggi.
  • Sesuai terutamanya bagi keperluan operasi intensif input dan output yang juga sering mempunyai "front-end processor", yang merupakan komputer berasingan yang khusus bagi tujuan input dan output dari terminal.
  • Dalam keadaan tertentu, Kerangka Utama (Mainframe) lebih berkemampuan berbanding Komputer Super kerana ia menyokong lebih pemprosesan atau perlaksanaan program secara serentak. Namun, Komputer Super pula mampu melaksanakan arahan sesebuah program lebih pantas.
  • Berharga dalam lingkungan ratusan ribu ringgit sehingga beberapa juta ringgit.
  • Mempunyai kepantasan pemprosesan yang diukur dalam unit megaflops.
  • Kini, penggunaan Kerangka Utama (Mainframe) menjadi kurang popular kerana kemunculan Komputer Mini serta Komputer Mikro yang juga boleh dirangkaikan.
  • Unisys dan IBM merupakan antara pengeluar komputer Kerangka Utama yang utama di dunia.

Tuesday 17 May 2011

KOMPUTER SUPER (SUPER COMPUTER)


  • Dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar.
  • Mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak (multitasking) pada satu pemproses mikro yang sama.
  • Berupaya membahagikan satu tugas kepada beberapa pemproses mikro (multiprocessing).
  • Kelajuan Komputer Super diukur dalam unit nanoseconds dan ia berupaya beroperasi sepantas 128 gigaflops.
  • Sistem komputer yang terpantas.
  • Berharga dalam lingkungan RM 2 juta hingga beberapa ratus juta Ringgit Malaysia.
  • Antara tugas yang sering memerlukan penggunaan Komputer Super meliputi ramalan keadaan cuaca, grafik dan animasi, pengiraan fluid dynamic, kajian tenaga nuklear dan pencarian petroleum serta ketenteraan dan pertahanan negara.
  • Contoh Komputer Super yang utama antaranya ialah Option Red dan CRAY.
  • OPTION RED
    CRAY

Monday 16 May 2011

JENIS-JENIS SISTEM KOMPUTER

Komputer terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada saiz, sistem operasi dan keupayaan kerja.

Wednesday 11 May 2011

1971 - 1999 : GENERASI KEEMPAT

  • Large-Scale dan Very-Large-Scale Integrated Circuits (LSI dan VLSI) telah dibangunkan yang mengandungi berjuta-juta transistor dan cip.
  • Pemproses mikro juga mula digunakan oleh syarikat Intel bagi membangunkan sistem komputer pada generasi ini.
  • Kapasiti ingatan utama telah dipertingkatkan yang membenarkan penggunaan pelbagai perisian oleh pengguna.
  • Komputer yang lebih kecil dan lebih pantas telah berjaya dihasilkan.
   Teknologi komputer telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehingga sering kali perkembangannya agak sukar untuk diikuti oleh para pengguna. Dalam generasi keempat terdapat teknologi penyepaduan skala besar (Large-Scale Integration atau LSI). Ini bermakana, sekeping cip silikon boleh memuatkan 100 hingga 5000 komponen elektronik padanya.

1964 - 1970 : GENERASI KETIGA

IC
  • Penggunaan litar bersepadu atau litar terkamil (Integrated Circuit)
  • Lebih banyak bahasa pengaturcaraan digunakan.
  • Penggunaan cakera magnetik sebagai storan data.
  • Komputer lebih kecil, lebuh laju dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih daripada komputer generasi kedua.
Di sekitar tahun 1960, komponen elektronik mengalami perubahan besar dengan penemuan teknologi litar bersepadu atau Integrated Circuit (IC). IBM merupakan syarikat pertama menggunakannya di mana ianya boleh dihasilkan tanpa memerlukan kos yang terlalu tinggi dan dapat dihasilkan dengan banyak dalam kadar yang pantas. Hal ini kerana, cip atau IC diperbuat daripada silikon. Silikon atau asalnya dari silika pula boleh didapati daripada pasir yang boleh diperolehi dengan mudah dan murah di merata tempat di dunia.
   Cip atau IC ini juga jauh lebih kecil saiznya berbanding dengan transistor atau diod. Hal ini menyebabkan komputer pada generasi ketiga adalah lebih kecil, lebih pantas serta lebih dipercayai daripada komputer pada generasi sebelumnya.
   Dalam generasi ketiga juga, komputer mula menggunakan sistem pengoperasian. Sistem pengoperasian adalah sebuah aturcara atau program komputer yang mengawal serta menguruskan cara komputer berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Dengan menggunakan komputer generasi ketiga juga, beberapa orang pengguna boleh menggunakan komputer secara serentak. Inilah pertama kalinya sebuah komputer boleh digunakan oleh beberapa pengguna dalam satu masa yang sama.

    Komputer Mini yang pertama juga muncul dalam generasi ketiga. Komputer Mini model DEC PDP-8 mula dijual oleh Digital Equipment Corporation pada tahun 1965. Komputer Mini adalah lebih kecil daripada komputer jenis Kerangka Utama.

Tuesday 10 May 2011

1959 - 1963 : GENERASI KEDUA

TRANSISTOR


DIOD


  • Transistor dan diod menggantikan tiub vakum.
  • Memori bermagnetik turut dicipta pada generasi ini. Alat ini menyebabkan ketinggian keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan komputer.
  • Menggunakan bahasa pengaturcaraan atau bahasa himpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
  • Komputer lebih kecil, lebuh laju dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih daripada komputer generasi pertama.
  • IBM 7094
  • IBM 7094 Model 1 merupakan kejayan komputer generasi kedua.
Dalam generasi kedua, komputer menggunakan transistor dan diod sebagai ganti kepada tiub vakum. Dengan menggunakan teknologi transistor, sistem komputer yang dibina pada generasi kedua menjadi lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga menjadikan sesuatu proses kerja menjadi semakin pantas.
   Oleh kerana transistor tidak mudah terbakar sebagai mana tiub vakum, maka komputer generasi kedua lebih dipercayai berbanding komputer generasi pertama. Dengan terciptanya transistor juga, kos bagi menghasilkan sesebuah sistem komputer menjadi semakin rendah.

1942 - 1958 : GENERASI PERTAMA

  • Dikeluarkan dalam saiz yang amat besar (ada yang bersaiz separuh keluasan padang bola).
  • Mengunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat.
  • Media input dan output dalam bentuk kad tebuk atau pita magnetik.
  • Perisian ditulis dalam bahasa mesin.
  • Contoh mesin yang berjaya dibina antaranya ialah Mark 1, ENIAC, EDVAC dan UNIVAC.
TIUB VAKUM
Tiub vakum merupakan ciri yang unik bagi komputer generasi pertama. Tiub vakum membolehkan sesebuah sistem komputer menyimpan dan memproses data secara elektronik. Masalah utama yang wujud adalah penggunaan tiub vakum ini mengeluarkan haba yang banyak. Ini menjadikan sistem komputer pada waktu itu mudah panas dan seterusnya menyebabkan tiub vakum mudah terbakar. Tiub vakum yang terbakar akan menjejaskan perlaksanaan sesebuah sistem komputer. Di samping itu, untuk mengganti tiub vakum yang terbakar dengan tiub yang baru pula mengambil masa yang agak lama.

1623 - 1941 : ERA MEKANIKAL

  • Era pembinaan alat mekanikal bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah dalam pengiraan.
  • Ahli matematik berusaha membangunkan alat yang dapat membantu mereka melaksanakan proses menambah, menolak, mendarab dan membahagi dengan kadar yang lebih pantas.
  • Antara mesin yang berjaya dibina pada era ini antaranya ialah Enjin Perbezaan Babbage, Enjin Analytical Babbage dan Mesin Tabulasi Hollerith.

GENERASI KOMPUTER

Evolusi komputer digital secara umumnya boleh dibahagikan mengikut generasi. Setiap generasi dibahagi berdasarkan pencapaian atau peningkatan dramatik berbanding generasi sebelumnya dalam teknologi pembinaan komputer.

1984 - APPLE MACINTOSH


Apple Macintosh diperkenalkan secara komersil dan mula memberi saingan kepada PC dari IBM.

1981 - IBM PS 1


IBM memperkenalkan PC (personal computer) atau juga dikenali sebagai komputer mikro untuk kegunaan pengguna harian yang pertama. Ianya amat meluas digunakan di rumah, sekolah dan pejabat.

1964 - IBM SIRI 360

Pada tahun 1958, litar bersepadu (integrated circuit) mula diperkenalkan. Penemuan ini merupakan faktor mula berkembangnya teknologi komputer seperti yang ada pada masa sekarang. Ianya membolehkan komputer yang lebih kecil yang dinamakan mini komputer dipasarkan. Pada tahun 1964, IBM mula menggunakan cip di dalam sistem komputer IBM Siri 360 yang dibina terutamanya bagi tujuan perniagaan dan juga kegunaan saintifik.

1951 - UNIVAC

Universal Automatic Computer (UNIVAC) merupakan komputer pertama yang dikeluarkan secara komersil dan dijual buat pertama kalinya kepada Biro Pembancian Amerika Syarikat untuk tujuan kegunaan pengiraan undi.

1948 - EDVAC








Electronic Discrete Variable Automatic Computer (EDVAC) merupakan komputer yang memperkenalkan konsep ingatan (memory) untuk membolehkan data atau program disimpan di dalamnya. Ianya merupakan hasil kerjasama John Von Neuman dan tenaga kerja dari University of Pennsylvania.

1946 - ENIAC


Electronic Numetical Integrator And Calculator (ENIAC) yang dicipta oleh J. Presper Eckert dan John W. Mauchly merupakan komputer yang beroperasi sepenuhnya secara elektronik. Ianya tediri daripada 18000 tiub vakum, 70000 resistor, 10000 kapasitor dan memerlukan ruang seluas 1500 kaki persegi. Ia beroperasi dengan kelajuan 1000 kali lebih pantas daripada Mark 1.

1944 - MARK 1

Mark 1 merupakan komputer elektro-mekanikal yang pertama dengan saiz 55 kaki panjang, 8 kaki tinggi serta dihubungkan oleh wayar sepanjang 800 kilometer. Ianya dibangunkan hasil daya usaha Dr. Howard Aikern di Universiti Harvard dengan kerjasama daripada IBM. Mark 1 menggunakan signal elektromagnetik bagi menggerakkan bahagian mekanikalnya.

ZAMAN SELEPAS TAHUN 1940

Selepas kejayaan ciptaan Charles Babbage, terdapat beberapa lagi kalkulator mekanikal yang telah berjaya dicipta. Namun demikian, perkembangan komputer mula rancak semula setelah memasuki tahun 40-an. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.

1890 - MESIN TABULASI HOLLERITH

Mesin Tabulasi Hollerith mula dibangunkan pada tahun 1890 bagi membantu melaksanakan pengiraan kertas undi di Amerika Syarikat. Sebelum ini, proses tersebut mengambil masa selama lebih daripada 7 tahun pada tahun 1880 dengan menggunakan pengiraan secara manual dengan tangan. Dengan menggunakan mesin ini, kadar masa pengiraan undi bagi tahun 1890 dapat dikurangkan kepada hanya 6 minggu sahaja.

1842 - ENJIN ANALYTICAL BABBAGE


Seterusnya Enjin Perbezaan Babbage dikemas kini dan akhirnya pada tahun 1842, Enjin Analytical Babbage dilancarkan yang juga merupakan komputer pelbagai guna yang pertama. Enjin ini juga dikatakan mampu melaksanakan operasi penambahan, penolakan, pembahagian dan juga pendaraban dengan kadar 60 operasi penambahan seminit.
   Walau bagaimanapun, Babbage cuma sempat membina hanya sebahagian sahaja daripada model Enjin Analytical tersebut. Ini disebabkan teknologi pada masa itu tidak canggih seperti  yang diperlukan oleh Babbage. Enjin Analytical mempunyai ciri-ciri komputer moden yag terdapat pada hari ini.
   Enjin Analytical mempunyai 5 bahagian iaitu :
  • Unit Input
  • Unit Storan
  • Unit Pemproses
  • Unit Kawalan
  • Unit Output
   Bahagian-bahagian inilah yang terdapat dalam sistem komputer moden pada hari ini. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya beliau digelar Bapa Komputer atau Arkitek Komputer Moden. Fungsi setiap bahagian ciptaan beliau adalah sama seperti fungsi bahagian komputer yang ada dewasa ini.

1821 - ENJIN PERBEZAAN BABBAGE

Sejarah asal komputer yang kita kenali masa kini sebenarnya bermula dengan hasil daya usaha seorang profesor matematik berbangsa Inggeris iaitu Charles Babbage. Babbage telah mencipta Enjin Perbezaan Babbage pada tahun 1821 yang dijana menggunakan kuasa stim. Mesin tersebut mampu melaksanakan pengiraan dan juga mencetak hasilnya secara automatik.

1820 - MESIN KIRA DE COLMAR

 
Pada tahun 1820, Charles Thomas de Colmar telah mencipta sejenis mesin
yang dinamakan Arimometer. Mesin ini berasaskan konsep yang digunakan oleh Alat Pendarab Leibniz yang telah diperkemas dan dipermudahkan.

1801 - MESIN KAD TEBUK JACQUARD'S LOOM



Joseph Marie Jacquard dari Perancis telah berjaya mencipta mesin yang kemudiannya dikenali sebagai Jacquard's Loom yang beroperasi berasaskan sistem kad tebuk.

1777 - MESIN LOGIK


Mesin Logik dicipta oleh seorang bangsawan Inggeris dari Stanhope yang bernama Charles Mahon. Mesin Logik merupakan satu alat yang mudah digunakan dan bersaiz sekecil poket kemeja. Mesin Logik boleh menyelesaikan masalah logik, perangkaan dalam bentuk logik dan juga masalah kebarangkalian.

Monday 9 May 2011

1694 - ALAT PENDARAB LEIBNIZ

Ahli Matematik dan Falsafah German, Gottfried Wilhem von Leibniz telah memperkemaskan idea Pascaline dengan mencipta alat yang  mampu melaksanakan operasi penambahan tetapi juga mampu melaksanakan operasi pendaraban. Alat tersebut dinamakan Alat Pendarab Leibniz.

1642 - PASCAL PASCALINE

Blaise Pascal, seorang ahli Matematik dan Falsafah Perancis telah mencipta mesin penambah mekanikal yang kemudiannya dikenali sebagai Pascaline. Mesin Pascaline dikatakan sebagai mesin kira mekanikal atau kalkulator yang pertama di dunia.
   Walau bagaimanapun, keupayaan Pascaline agak terhad. Alat ini dikatakan cuma mampu melaksanakan operasi penambahan sahaja. Pengiraannya juga sering dianggap kurang tepat. Ironinya, ciptaan Pascal merupakan satu sumbangan penting kepada penciptaan                                                                                 alat pengiraan yang seterusnya.

1614 - TULANG JOHN NAPIER

John Napier, seorang ahli matematik Scotland telah mencipta satu alat pengiraan yang dikenali sebagai Tulang John Napier. Ianya terdiri daripada set bungkah pengiraan yang diperbuat daripada kepingan tulang dan gading. Alat ini membolehkan proses mendarab dan membahagi dilaksanakan dengan lebih pantas dan mudah.

3000 SM - ALAT PENGHITUNG ABAKUS


Alat Penghitung Abakus mungkin merupakan alat penghitung mekanikal yang pertama di dunia. Ianya telah sedia ada lebih kurang 5000 tahun yang silam. Ianya membolehkan pengguna melaksanakan pengiraan berdasarkan sistem susunan manikyang disusun di atas rak kayu atau dawai.
   Abakus mula digunakan di Babylon dan seterusnya merebak ke seluruh rantau Asia. Dalam pembinaan piramid misalnya, jurutera di Mesir menggunakan Abakus untuk membantu mereka menghitung berat dan tinggi batu yang diperlukan dan juga bagaimana batu tersebut perlu disususn. Kini, piramid masih tersergam indah dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Abakus merupakan sebuah mesin kira yang cukup jitu dan tepat.
   Sehingga kini, Abakus masih lagi digunakan oleh sebilangan peniaga berbangsa Cina di Malaysia yang masih percaya dan yakin dengan ketepatan alat tersebut. Mulai awal tahun 1994, Abakus atau kini lebih dikenali dengan nama Sempoa turut diperkenalkan kembali dalam kurikulum sistem pendidikan negara.

ZAMAN SEBELUM TAHUN 1940

Pada zaman dahulu kala, manusia mula mengira dengan menggunakan jari, batu, kayu kecil, simpulan pada tali dan sebagainya. Seterusnya manusia mula mencuba mencipta alat yang memudahkan mereka membuat pengiraan. Penciptaan demi penciptaan inilah yang akhirnya berjaya menghasilkan suatu sistem pengiraan yang lebih kompleks dan canggih yang akhirnya dikenali sebagai komputer.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN KOMPUTER

Sejarah komputer elektronik moden mungkin boleh dikatakan bermula di awal tahun 1944,yang mana MARK 1 - komputer elektro-mekanikal yang pertama berjaya dibina. Namun demikian beberapa peristiwa sialm perlu ditinjau terlebih dahulu bagi melihat bagaimana teknologi masa kini diperkembangkan berasaskan teknologi masa silam.
   Bagi memudahkan perbincangan, secara amnya sejarah dan perkembangan teknologi komputer boleh dibahagikan kepada 2 ZAMAN UTAMA iaitu ZAMAN SEBELUM TAHUN 1940 dan ZAMAN SELEPAS TAHUN 1940

PENGENALAN

Kecanggihan teknologi komputer masa kini tidak mungkin dinikmati oleh generasi hari ini tanpa usaha yang berterusan dari pereka-pereka masa silam. Generasi komputer silih berganti dan setiap perubahan generasi menjanjikan suatu peningkatan dan seterusnya meningkatkan lagi keupayaan sesebuah sistem komputer. Pelbagai jenis sistem komputer juga dibangunkan bagi memenuhi keperluan semasa, dari yang bersaiz sebuah padang bola sehinggalah kepada sistem komputer yang hanya bersaiz sebesar tapak tangan. Semua ini berlaku lantaran ledakan teknologi maklumat yang memerlukan kepelbagaian dalam arus persaingan semasa.