Friday 20 May 2011

KOMPUTER MASA HADAPAN

WEB-TV
  • SET TOP BROWSER : Lebih dikenali sebagai WEB-TV (gabungan teknologi TV dan komputer). Muncul di pasaran pada pertengahan tahun 1997. Selain daripada digunakan sebagai televisyen atau TV biasa, ia juga boleh digunakan bagi tujuan capaian internet.
  •  KOMPUTER RANGKAIAN : Atau Network Computer (NC) juga berteraskan konsep rangkaian seperti Set Top Browser. NC merupakan mesin yang mencapai program daripada server (komputer pelayan). Ianya beroperasi seperti mana terminal tetapi ia juga mampu melaksanakan pelbagai operasi seperti komputer biasa. Ia juga agak menjimatkan bagi kegunaan tertentu terutamanya bagi syarikat-syarikat yang mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Sun Java Station merupakan contoh NC yang popular.
  • PDA : Memperlihatkan arah tuju komputer masa hadapan yang semakin kecil namun mampu melaksanakan pelbagai arahan seperti mana komputer biasa. Ianya boleh digunakan bagi tujuan pemprosesan perkatan, hamparan elektronik, internet, emel dan sebagainya.
  •  SUN JAVA STATION
  • Kini terdapat juga ciri-ciri komputer yang telah diserapkan ke dalam sistem telefon selular (handphone). Ini membolehkan pengguna melakukan operasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, menghantar atau menerima emel serta kemudahan internet lain dengan hanya menggunakan telefon selular.

Thursday 19 May 2011

KOMPUTER MIKRO ATAU KOMPUTER PERIBADI (PC)

DESKTOP
  • Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri komputer.
  • Kecil, tidak mahal dan dibina khususnya bagi tujuan peribadi. Walau bagaimanapun, PC juga boleh digunakan secara rangkaian komputer.
  • Merupakan sistem komputer yang beroperasi berasaskan pemproses mikro.Selain itu, PC juga mempunyai papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan (monitor) bagi memaparkan maklumat dan peranti storan untuk menyimpan data.
  • NOTEBOOK dan SUBNOTEBOOK
    PALMTOP
  • Contoh PC ialah Komputer Desktop , Notebook , Subnotebook dan Komputer Palmtop atau PDA (personal digital assistants).

Wednesday 18 May 2011

STESEN KERJA (WORKSTATION)

  • Komputer berteknologi tinggi, pantas dan sering digunakan dalam bidang reka bentuk komputer (computer aided design), geographic information system(GIS), animasi komputer dan sebagainya.
  • Merupakan sistem komputer yang utama dalam kalangan para jurutera, arkitek dan ahli profesional yang memerlukan paparan grafik yang jelas dan mendalam.
  • Kebanyakan Stesen Kerja menggunakan teknologi REDUCED INSTRUCTION SET COMPUTER(RISC).
  • SILICON GRAPHICS
  • Stesen Kerja yang paling popular antaranya ialah Silicon Graphics daripada Sun Microsystem.

KOMPUTER MINI (MINI COMPUTER)

  • Saiz yang lebih kecil berbanding Kerangka Utama tetapi mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Kerangka Utama cuma dalam skala yang lebih kecil.
  • Mampu menyokong antara 4-200 pengguna yang berkongsi terminal dalam satu masa.
  • Komputer Mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada Komputer Mikro serta ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar.
  • Komputer Mini yang paling popular antaranya ialah VAX dari Digital Equipment Corporation. IBM, Data General dan Prime Computer juga merupakan pengeluar Komputer Mini yang utama.
VAX

KERANGKA UTAMA (MAINFRAME)

  • Mampu menyokong sehingga ribuan pengguna dalam satu masa yang sama.
  • Saiznya lebih kecil dan kurang keupayaan berbanding Komputer Super.
  • Digunakan terutamanya di bank-bank, syarikat-syarikat besar dan di pusat-pusat pengajian tinggi.
  • Sesuai terutamanya bagi keperluan operasi intensif input dan output yang juga sering mempunyai "front-end processor", yang merupakan komputer berasingan yang khusus bagi tujuan input dan output dari terminal.
  • Dalam keadaan tertentu, Kerangka Utama (Mainframe) lebih berkemampuan berbanding Komputer Super kerana ia menyokong lebih pemprosesan atau perlaksanaan program secara serentak. Namun, Komputer Super pula mampu melaksanakan arahan sesebuah program lebih pantas.
  • Berharga dalam lingkungan ratusan ribu ringgit sehingga beberapa juta ringgit.
  • Mempunyai kepantasan pemprosesan yang diukur dalam unit megaflops.
  • Kini, penggunaan Kerangka Utama (Mainframe) menjadi kurang popular kerana kemunculan Komputer Mini serta Komputer Mikro yang juga boleh dirangkaikan.
  • Unisys dan IBM merupakan antara pengeluar komputer Kerangka Utama yang utama di dunia.

Tuesday 17 May 2011

KOMPUTER SUPER (SUPER COMPUTER)


  • Dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar.
  • Mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak (multitasking) pada satu pemproses mikro yang sama.
  • Berupaya membahagikan satu tugas kepada beberapa pemproses mikro (multiprocessing).
  • Kelajuan Komputer Super diukur dalam unit nanoseconds dan ia berupaya beroperasi sepantas 128 gigaflops.
  • Sistem komputer yang terpantas.
  • Berharga dalam lingkungan RM 2 juta hingga beberapa ratus juta Ringgit Malaysia.
  • Antara tugas yang sering memerlukan penggunaan Komputer Super meliputi ramalan keadaan cuaca, grafik dan animasi, pengiraan fluid dynamic, kajian tenaga nuklear dan pencarian petroleum serta ketenteraan dan pertahanan negara.
  • Contoh Komputer Super yang utama antaranya ialah Option Red dan CRAY.
  • OPTION RED
    CRAY