|
TRANSISTOR |
|
DIOD |
- Transistor dan diod menggantikan tiub vakum.
- Memori bermagnetik turut dicipta pada generasi ini. Alat ini menyebabkan ketinggian keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan komputer.
- Menggunakan bahasa pengaturcaraan atau bahasa himpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
- Komputer lebih kecil, lebuh laju dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih daripada komputer generasi pertama.
|
IBM 7094 |
- IBM 7094 Model 1 merupakan kejayan komputer generasi kedua.
Dalam generasi kedua, komputer menggunakan transistor dan diod sebagai ganti kepada tiub vakum. Dengan menggunakan teknologi transistor, sistem komputer yang dibina pada generasi kedua menjadi lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga menjadikan sesuatu proses kerja menjadi semakin pantas.
Oleh kerana transistor tidak mudah terbakar sebagai mana tiub vakum, maka komputer generasi kedua lebih dipercayai berbanding komputer generasi pertama. Dengan terciptanya transistor juga, kos bagi menghasilkan sesebuah sistem komputer menjadi semakin rendah.
No comments:
Post a Comment