|
IC |
- Penggunaan litar bersepadu atau litar terkamil (Integrated Circuit)
- Lebih banyak bahasa pengaturcaraan digunakan.
- Penggunaan cakera magnetik sebagai storan data.
- Komputer lebih kecil, lebuh laju dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih daripada komputer generasi kedua.
Di sekitar tahun 1960, komponen elektronik mengalami perubahan besar dengan penemuan teknologi litar bersepadu atau Integrated Circuit (IC). IBM merupakan syarikat pertama menggunakannya di mana ianya boleh dihasilkan tanpa memerlukan kos yang terlalu tinggi dan dapat dihasilkan dengan banyak dalam kadar yang pantas. Hal ini kerana, cip atau IC diperbuat daripada silikon. Silikon atau asalnya dari silika pula boleh didapati daripada pasir yang boleh diperolehi dengan mudah dan murah di merata tempat di dunia.
Cip atau IC ini juga jauh lebih kecil saiznya berbanding dengan transistor atau diod. Hal ini menyebabkan komputer pada generasi ketiga adalah lebih kecil, lebih pantas serta lebih dipercayai daripada komputer pada generasi sebelumnya.
Dalam generasi ketiga juga, komputer mula menggunakan sistem pengoperasian. Sistem pengoperasian adalah sebuah aturcara atau program komputer yang mengawal serta menguruskan cara komputer berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Dengan menggunakan komputer generasi ketiga juga, beberapa orang pengguna boleh menggunakan komputer secara serentak. Inilah pertama kalinya sebuah komputer boleh digunakan oleh beberapa pengguna dalam satu masa yang sama.
Komputer Mini yang pertama juga muncul dalam generasi ketiga. Komputer Mini model DEC PDP-8 mula dijual oleh Digital Equipment Corporation pada tahun 1965. Komputer Mini adalah lebih kecil daripada komputer jenis Kerangka Utama.